Lee Sang-hoon (besbol)
Lee Sang-hoon (besbol)

Lee Sang-hoon (besbol)

JurulatihLee Sang-hoon (Hangul: 이상훈, Hanja: 李尙勳; Sebutan bahasa Korea: [i.saŋ.ɦun]; lahir 11 Mac 1971), dikenali sebagai "Samson" kerana rambut beliau yang panjang,[1] ialah bekas pemain besbol profesional Korea yang beraksi di Major League Baseball, Nippon Professional Baseball dan juga Liga KBO. Lee merupakan lulusan daripada Universiti Korea pada 1993[2] dan seterusnya beliau menyertai pasukan LG Twins. Beliau memulakan kariernya sebagai starting pitcher. Tahun terbaik beliau ialah pada tahun 1994 dan 1995 apabila beliau mencatatkan 18 dan 20 kemenangan masing-masing. Rekod beliau ialah 20-5 dengan merekodkan 2.01 ERA, 12 complete game dan 142 strikeout pada 1995 sekali gus melayakkan beliau meraih Anugerah Sarung Tangan Emas Liga KBO. Kemudian, beliau beralih sebagai closer pada musim 1995.Lee merupakan pemain Korea pertama yang menolak bidaan daripada pasukan lain apabila beliau melalui posting system.[3] Lee akhirnya berkelana ke MLB dan beraksi dalam sembilan perlawanan untuk pasukan Boston Red Sox semasa musim 2000. Beliau telah merekodkan 3.09 ERA dalam 11.2 ining.Lee pada suaut ketika merupakan pemain menerima gaji tertinggi di KBO selepas beliau menandatangani kontrak sebanyak 600 juta won ketika tempoh kedua beliau bersama LG Twins pada 2003.[4]Semenjak persaraannya, beliau telah menjadi jurulatih di KBO Futures League dan KBO.

Lee Sang-hoon (besbol)

Strikeout 6
Purata peroleh larian 3.09
Save 3
Rekod menang–kalah 0–0

Rujukan

WikiPedia: Lee Sang-hoon (besbol) https://koreajoongangdaily.joins.com/news/article/... https://www.donga.com/en/article/all/20151130/4118... http://www.koreatimesus.com/kia-tigers-reject-bid-... http://eng.koreabaseball.com/Teams/PlayerInfoPitch... http://cafe.daum.net/leesanghoon47 https://www.wikidata.org/wiki/Q483028#identifiers https://isni.org/isni/0000000479755376 https://viaf.org/viaf/120158185612820060552 https://www.worldcat.org/identities/containsVIAFID... https://librarian.nl.go.kr/LI/contents/L2010100000...